Sunday, May 29, 2011

Aku Minat Dia

Blog ini aku buat adalah kerana seorang yang aku suka, minat, aku admire.. ia lebih kepada personal thing yang ingin aku ceritakan.. blog ini kurakamkan segala usaha aku untuk mendapatkan hati si dia.

Aku kenal awek ni actually melalui kawan aku yang juga merupakan rakan sekelas, tapi aku tak pernah jumpa beliau pada masa itu, tetapi apabila pada suatu hari, kami telah membuat satu janji temu. Bermula dari situ la, hati aku mula bertaut pada dia.. dan kini aku sedang berusaha untuk memliki hati si dia. Sebagai permulaan, dia mula menarik perhatian aku dengan karakter dia. Dia peramah, dia cantik (bagi aku), dan dia suka melawak, dan dia juga menyayangi budak-budak, itu yang buat aku tertarik. Aku juga lihat dia berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.